Follower aku sikit sebab korang tak follow lah!!

May 1, 2012

SAYA PLKN

Hari ini, hari last Wan di bumi Muar, Panchor ini. Lepas ni Wan tak update blog dalam tempoh 3 bulan, untuk bercuti. Closed for Holiday, YEAH.



Atas ni semua data-data. Kat mana Wan kena, bila Wan balik, semua ada. Wan takut, balik nanti rumah Wan berubah, kereta semakin bersepah. Thumbdrive 16GB, RM5. Papa Wan dah guna Porsche, Amin.

THANK FOR SUPPORTING, I WILL MISS YOU ALL. SOB. SOB... damn, why so serious

April 30, 2012

Plat & Kereta Cantik II

111 pictures

Dulu, Wan ada post 'Plat & Kereta Cantik', tak ada lah banyak sangat gambar yang best-best. Nah hari ini, 111 gambar nak tunjuk. Ada lagi nanti, part III pulak kalau panjang umur. Layan lah.

7D 599 Q. Plate mana ha ni ?

No 1 sampai 9 pun ada

AAL 1. ALI

April 22, 2012

Misteri berakhir ?

22 April 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Dulu tu Wan ada update pasal pesakit, Pak Lang Wan sakit. Lepas Wan melawat tu, lusanya Pak Lang terus tak sedar-sedar. Hampir 2 minggu kot dia tak sedar. Sakit apa?

Masa Wan melawat tu hari Sabtu, pada Isnin paginya abah suruh wan dengan Tariq jaga anak-anak Pak Lang. Alang (Mak Lang) jaga Pak Lang kat hospital, jadi kitorang ditugaskan jadi Labu Labi. Wan jadi Supir dan Tariq jadi tukang masak. Jagalah anak-anak diorang. Wan tak kisah jaga anak-anak Pak Lang tu, tapi wan sangat malas nak jaga anak dia yang last sekali tu sebab degil yang teramat sangat. Anak Bongsu dia tu tersangat degil, dan hanya ayah dia saja yang mampu buat dia senyap sebab ayah dia garang.

Okey, kitorang akan panggil Danish, Kakak dengan Adik (Bongsu). Kalau nak panggil nama, mungkin bisa pening. Kalau 2, boleh lagi, dah masuk 3 beradik, terus pening. Danish, Danisha (Kakak), Danishia (Adik).


First day jadi babysitter pun Wan dah takut nak masuk rumah tu. Kenapa wan takut? Rumah Pak Lang banyak sangat simpan barang antik, barang dari Sarawak, China, Japan, dan Pak Lang sakit sebab kena santau. Dia masuk hospital sebab kuman masuk darah dia. Dia kena santau dah lama dah. Masa kenduri dulu tu, sebab buat kesyukuran dah sembuh. Tapi benda tu datang balik. Wan tak tau bila nak habis benda tu.

March 25, 2012

Pesakit


Hari ini, Wan pergi melawat Pak Lang Wan sakit kat hospital Melaka. Walaupun cuma beberapa minit, Wan belajar sesuatu. Pak Lang cakap "bila ada, gaduh-gaduh. bila tak ada, rindu pulak". Maksud Wan, dia cakap pasal jururawat yang jaga dia tu. Jadi, kita kenalah bersyukur sebab ada orang yang ambil berat tentang kita.

Ke-2, Wan memang tak pernah terfikir pun nak kahwin, dan keinginan tu tiada dalam diri Wan. Tapi bila Wan tengok tadi. Kalau lah Wan sakit suatu hari nanti, siapa nak jaga Wan kat hospital. Siapa nak buatkan air, bagi makan ubat dan macam-macam lagi. Macam cerita 'The Bucket List', dia seorang billionaire, tapi dia takut nak mati sorang-sorang. So, lepas cita-cita Wan dah tercapai baru lah fikir nak berumah tangga. Isteri doktor, haha. Berangan sik. 

P/S: Moral Value

March 19, 2012

Kek Batik

18 March 2012

Pagi, mak wan kejut sebab nak belajar memasak. Wah, mendapat restu dari Ayah dan Bonda. Mak sediakan bekas tapawe untuk wan bawak balik kek batik tu. Yes, saya nak belajar buat kek batik. Nanti nak hidup sebagai orang bujang senang. Mak pulak suruh bawak pisang bagi diorang. Wan sedang bermimpi kah? 


Search This Blog

Loading...